Thursday, December 29, 2016

Tangan melecur!

Assalamualaikum and hai!

Lamanya tak post kat blog ni haha. Ni pun taip pakai phone je sebenarnya. Nak try boleh ke tak. Align tak align belakang cerita haha. Nanti nanti aku edit kalau lari ke ke tak betul ke okay..

So macam tajuk kat atas tu lah tangan aku melecur kena kuah tomyam panas yg tengah menggelegak! Bayangkanlah sakit dia macam mana weh. Rasa nak nangis kat situ. Dah lah masa tu takde siapa kat dapur huhu.

Kisahnya macam ni. Waktu malam, dalam lepas maghrib macam tu. Aku tengah nak panaskan lauk  tomyam atas dapur api. Dah pasang api semua tunggu kuah nak menggelegak. Karang basi pulak kalau panaskan sekejap sekejap. Adalah dalam 5 minit kott. Kuah tu dah menggelegak. Jadi aku pun ambik lah senduk kacau tomyam dalam periuk tu..

Tengah kacau kacau tomyam tu TIBA TIBA--Hahaha saspen je cerita. Kat sini lah jadinya peristiwa.
Senduk tu tak panjang mana. Duk tengah kacau tu tangan aku terkena periuk panas tu. Terus reflect action aku tarik tangan. Dekat senduk tu ada kuah tomyam. So bila aku tarik tangan laju laju, senduk tu terpelanting anddd kuah tu pun tersiram dekat lengan aku bahagian siku. Ada yg terpalit kena dinding. Pastu mengalir lah sampai lantai bawah. Menggelupur lah aku kat situ! Sakit ya Rabbi taktau nak kata pedih sangat sangat.

Aku pun dah tak tentu arah sebab menggelupur sakit. Yg paling dekat masa tu paip sinki. Terus je aku buka paip siram lengan dengan air. Biarkan air mengalir lama lama sebab sakit gila! Pastu dalam kepala fikir baik lap kuah tomyam yg kat dinding tu cepat, nanti ibu datang dapur bising pulak haha. Terus ambik kain basah lap dinding lantai semua. Hahaha lawak je aku ni. Patutnya fikirkan tangan yg melecur tu dulu. Dah lap tu, rasa sakit pedih gila siku ni. Tengok tengok dah merah menyala dah :'( (Alaa nak attach gambar tak keluar pula)

Terus pergi sinki siram dengan air lagi. Ni nak letak apa pulak nak bagi tak sakit. Terus capai ais batu je dalam freezer. Sebab itu yg sejuk. Gosok gosok kat tempat melecur tu. Ais cepat cair ye lah sebabb kat tempat melecur tu panas. Pastu tetiba teringat pula ada baca, tempat melecur tak boleh letak ais! Nanti keluar gelembung air. Terus aku campak ais dalam sinki. Sakit sangat tapi taktau nak letak apa lagi..

Besar jugak lah nampak kesan merah. Lebih kurang tapak tangan aku pegang siku. Kira besar tapak tangan aku lah. Sekali tengok dah rupa aku sengaja celup siku dalam periuk dah haha

Last last teringat kat rumah ada Solcoseryl Jelly (boleh google). Siapa tah ada beli kat farmasi sebelum ni. Kat situ tulis 'for weeping wounds and burns'. Orang selalu pakai kat luka operate ke apa. Tak kisah lah try je dulu. Takde ubat lain dah. Melecur tu burns lah kan. Terus aku sapu kat tempat melecur tu. Pastu tiup rasa sejuk lah sikit. Tapi sakit lagi. Terkapar kapar je lah lengan aku kibas kibas nak bagi sejuk.. Dah letak ubat tu tau aku buat apa? Aku sambung makan hahahaha. Jelly tu dah kering tangan aku ni gatal nak cabutkan. Pastu sapu lagi jelly tu. Lepas mandi, sebelum tido aku sapu lagi.

So aku taktau petua yg mana satu yg berkesan untuk melecur. Ibu suruh sapu minyak habbatus sauda yg mmg ada kat rumah ni. Taktau boleh ke tak. Sesetengah orang guna ubat gigi lah, telur lah, tepung lah ada pulak lagi satu macam tak logik je. Letak kicap -.- Lepas dah letak tu nak makan ke apa? Terpulang lah nak try yg mana. Setakat ni dah dua hari siku ni takde pun tanda tanda gelembung air. Berkesan lah kot. Harap harap nya lah. Tapi rasa mcm sengal kat siku ni. Taknak lah ada gelembung air lagi bertambah pedih rasanya.

Aku cuma buat
1. Siram air lama lama lepas terkena panas tu
2. Letak ais tapi tak lama
3. Sapu Solcoseryl Jelly (kalau dah kering, sapu lagi)

Mungkin ni ujian untuk aku. Kifarah dosa mungkin. Takpelah redha je benda nak jadi, jadi jugak hahaha. Semoga kita semua dilindungi dari segala bahaya. Kena extra berhati hati kat dapur lepas ni huhu.
Kalau nak try boleh try. Aku tak jamin lah menjadi atau tak ye. Kalau dah melecur banyak better pergi hospital atau clinic okayy


Thank you for reading!