Monday, March 13, 2017

Girls and makeup. Me?

Assalamualaikum and hai!

Perempuan dengan makeup memang lah sangat tak boleh dipisahkan. Betul ke betul? 😂 Hahaha. Memang betul sangat lah cerita dia. Mana ada lelaki makeup. Ada je tapi tak ramai. Siapa je nak keluar bare face tanpa makeup kan? Tak semua orang ada muka yg flawless gilaa. Tak pakai mekap mesti muka nampak lemah and pucat je. Mesti lah nak hide macam macam kekurangan and problem muka yg ada. Ada jugak makeup sebab nak tambah bagi muka nampak ceria sikit.

Of course lah, barang makeup perempuan ni banyak tak terkira aku rasa. You name it. Eye liner, mascara, eye shadow, foundation, primer, concealer, shading, blusher, lipstick, lipgloss, compact powder and the list continue. Baru satu jenis. Tak kira lagi setiap barang tu ada berjenis jenis and pelbagai brand sama ada local ataupun international. Wow girls can go crazy.

Tapi yg ni other girls lah not me haha. Aku ni taktau lah kenapa malas ya Rabbi nak bermakeup ni. Dari mula kenal apa itu compact powder and so on sampai dah tahu setiap nama brand yg okay, aku tak terasa pun nak pakai makeup. Tengok orang lain makeup "wah cantik gilaa lah pandai betul makeup". Bila sampaI kat aku "uh no thanks I dont need it". Muka aku banyak kot problem and bila bare face memang nampak semua. Tapi aku buat taktau je.

Different with my sister yg memang setiap kali keluar akan makeup jugak walaupun simple. Akan ada lah kat muka dia pakai satu dua benda. Barang barang makeup dia pun ada sebeban dalam beg makeup dia. Kalau nak tau barang makeup yg aku ada ialah NONE! Seriously aku takde satu pun barang makeup. Nothing! ZERO! Oh aku ada satu je lipbalm. Itu pun bukannya barang makeup haha. Kalau tanya kat aku habistu ada apa je dalam beg makeup aku? Beg makeup aku pun tak wujud woi 😂 Ini cerita serious tak tipu punya hahaha.

Boleh dikatakan aku ni pemalas kot. Aku lebih suka muka aku free from anything. Keluar rumah pun aku pakai bedak baby Johnson tu je pastu pakai lipbalm dah siap. Lupa memang nasib lah tak pakai apa. Kalau ada dinner ke apa, aku pinjam apa yg ada je dari kawan. Takpun kat kakak aku. Itupun setakat pinjam lipstick je. Bila fikir balik memang macam apa je keluar rumah muka pucat apa semua tu.

Aku rasa pun banyak jugak sebab aku tak kuasa nak pakai makeup apa semua ni.
Satu, sebab aku ni student je. Nak makan pun kena jimat ada hati nak beli makeup.
Kedua, sebab ibu ayah aku bukannya kaya nak bagi peruntukan semata untuk beli barang makeup ni.
Ketiga, sebab aku rasa makeup tak penting. Kalau takde makeup aku boleh hidup lagi.

Tu lah memang muka sememeh je lah tak pakai makeup ni. Tak berseri lah orang kata. Oh walaupun tak bermakeup muka aku ni, aku still update lah ambik tau pasal makeup latest semua. Kadang kadang terbayang jugak macam mana lah muka aku kalau transform overall mesti lain gilaa haha. Lately ni pun aku dahh start interest dengan makeup ni haha. Dah survey survey review orang. Kot dah kerja ada duit boleh lah beli sikit sikit. Tengok lah macam mana nanti kalau aku dah start terlibat dengan makeup aku story lagi hahaha 💄💋


Thank you for reading! :)


Thursday, March 2, 2017

Resepi : Caramel Popcorn

Assalamualaikum and hai!

Rindunya kat blog. Dah lama tak bersiaran kat sini hehe. Acah mak enon je semangat nak update blog aku ni. Semangat nak berblog tu datang dan pergi hahaha. So memang ikut mood lah.


Okay harini sebenarnya aku nak share pasal popcorn! Siapa tak suka popcorn? Haha aku punya favourite ni weh. Kalau mengadap gitu memang boleh habis banyak mana pun. Tak sedar pun dah masuk mulut banyak. Selama ni makan popcorn kat panggung wayang tu je. Sedap kot. Tak pernah terdetik pun nak buat. Tak pun beli yang jual kat pasar malam.


Semalam pergi beli barang dapur terjumpa pula benda alah ni. Biji popcorn.




Bila dah jumpa apa lagi nak cuba lah. Sebab pernah tengok video orang buat popcorn macam menarik je so nak try buat sendiri lah hehe. Ni aku beli kat TF. Kat Tapah ni mana ada supermarket lain haha. Aku beli kat area yg timbang timbang tu kena cedok sendiri banyak mana kite nak pastu orang tu timbang. Tak ingat banyak mana aku ambik main cedok je. Lebih kurang 200g kot.

So ni bahan bahan dia. Tak banyak pun, semua senang dapat kecuali jagung popcorn tu lah jenuh sikit nak mencari.

Bahan - bahan :

Untuk popcorn
Jagung popcorn
Minyak masak secukupnya
Butter 

Untuk caramel (satu round)
Gula - 1 cawan
Butter - 2 sudu besar
Esen vanilla - 5 titis lebih kurang
Garam - ½ sudu teh


Cara - cara :

Buat popcorn
(Aku basuh dulu jagung popcorn tu. Ye lah taktau biji jagung tu pernah mendarat kat mana. So untuk kebersihan lebih baik basuh. Ada orang memang tak basuh terus masak. Dia takut jagung tu tak meletup sbb basah kot. Aku buat popcorn ni petang. Tengah hari tu aku basuh, goncang goncang dekat air sikit pastu letak atas dulang jemur je kat luar. InsyaAllah bersih dan kering )

1. Panaskan kuali atau periuk yg nak pakai. Aku pakai kuali leper yg ada pemegang. Senang sikit nak goncang. Letak minyak sikit. Jangan terlalu banyak nanti popcorn berminyak. Tambahkan 1 sudu besar butter. Butter ni wangi sedap lah bau popcorn nanti.

2. Letak 2 atau 3 butir jagung nak test minyak cukup panas ke tak.

Aku letak 3 butir, 2 je tinggal. Satu dah melompat keluar sebab mula mula tak tutup kuali hahaha. Nasib tak kena muka.

3. Bila minyak dah panas, masukkan dalam segenggam jagung popcorn dalam kuali. Boleh je suka hati nak masukkan banyak mana tapi biar satu layer je jagung tu. Jangan banyak sangat nanti dia nak meletup takde ruang. Lepas masukkan terus cepat cepat tutup kuali sebab nanti dia meletup.


Goyang goyang kuali bagi semua biji jagung kena minyak

4. Api jangan terlalu besar, nanti popcorn jadi hitam pahit. Tunggu lah sehingga popcorn anda meletup dengan riang. Kalau ada penutup yg boleh tengok dari atas memang best. Excited aku tengok popcorn tu meloncat loncat letupkan diri hahaha

Proses meletupkan diri sedang berlangsung

5. Tunggu sampai dah takde bunyi letup dalam kuali baru boleh bukak penutup. Sebelum bukak penutup goyang goyangkan kuali nak make sure semua biji jagung turun bawah dan meletup. Bahaya tau kalau bukak penutup masih ada yg tengah meletup. Takut tak memasal kena muka kang melecur.

6. Bila dah takde bunyi, bukak penutup and alihkan popcorn ke bekas lain yg dilapik tisu. Ada minyak lebihan yg melekat nanti diserap tisu. Repeat balik dari mula untuk buat round seterusnya sampai lah biji jagung habis. Ikut suka nak buat banyak mana.

Baru angkat dari kuali sesuci salju

Buat caramel
1. Habiskan buat popcorn yg diperlukan pastu guna je kuali yg sama untuk buat caramel. Tak payah kotorkan banyak tempat. Masukkan semua gula, butter, garam dan esen vanila. Jangan buat api besar sangat nanti hangus gula kau. Jangan sesekali campur air, nanti bila digaulkan popcorn jadi lemau.

2. Kacau je semua sampai gula dah cair and start jadi warna coklat cair keperangan camtu. Masukkan popcorn secukupnya and kacau rata. Jangan masukkan semua sekali pulak. Gaulkan dengan pantas tapi berhati hati. Caramel tu sangat panas and dia cepat keras. JANGAN PEGANG POPCORN DALAM KUALI DENGAN TANGAN. Api buat paling kecik sambil tu gaul popcorn secukupnya 

3. Dah gaul semua keluarkan letak atas tray. JANGAN PEGANG POPCORN. Rata ratakan sikit pastu biarkan sejuk. Sambung buat caramel untuk second round pulak. Sbb tak cukup sekali, aku buat 3 kali.

Caramel warna coklat cair lebih kurang 

4. Dah sejuk popcorn atas tray boleh lerai leraikan each other pastu boleh masukkan dalam bekas. Siap untuk kudapan!


Dapat banyak ni haa. Popcorns are ready to eat!


Senang je kan? Lagi jimat dari beli popcorn mahal tu. Kalau ada free time nanti boleh lah cuba buat okay?


Ni ada lah serba sikit nasihat

# Dah basuh biji jagung make sure keringkan, kalau tak nanti takut tak meletup sebab basah.


# Jangan bukak penutup masa popcorn tengah meletup. Kalau tidak, satu dapur akan dihujani popcorn. Bahaya pun ya jugak. Takut terpelanting kena muka. Panas.

# Jangan pegang caramel masa panas panas baru keluar kuali. Aku dah kena dah melecur jari aku. Bawak bersabar, nanti boleh makan haha

# Last but not least, share share makan popcorn. Jangan makan seorang diri, kang dapat penyakit kencing manis 😂


Thank you for reading!