Monday, March 13, 2017

Girls and makeup. Me?

Assalamualaikum and hai!

Perempuan dengan makeup memang lah sangat tak boleh dipisahkan. Betul ke betul? 😂 Hahaha. Memang betul sangat lah cerita dia. Mana ada lelaki makeup. Ada je tapi tak ramai. Siapa je nak keluar bare face tanpa makeup kan? Tak semua orang ada muka yg flawless gilaa. Tak pakai mekap mesti muka nampak lemah and pucat je. Mesti lah nak hide macam macam kekurangan and problem muka yg ada. Ada jugak makeup sebab nak tambah bagi muka nampak ceria sikit.

Of course lah, barang makeup perempuan ni banyak tak terkira aku rasa. You name it. Eye liner, mascara, eye shadow, foundation, primer, concealer, shading, blusher, lipstick, lipgloss, compact powder and the list continue. Baru satu jenis. Tak kira lagi setiap barang tu ada berjenis jenis and pelbagai brand sama ada local ataupun international. Wow girls can go crazy.

Tapi yg ni other girls lah not me haha. Aku ni taktau lah kenapa malas ya Rabbi nak bermakeup ni. Dari mula kenal apa itu compact powder and so on sampai dah tahu setiap nama brand yg okay, aku tak terasa pun nak pakai makeup. Tengok orang lain makeup "wah cantik gilaa lah pandai betul makeup". Bila sampaI kat aku "uh no thanks I dont need it". Muka aku banyak kot problem and bila bare face memang nampak semua. Tapi aku buat taktau je.

Different with my sister yg memang setiap kali keluar akan makeup jugak walaupun simple. Akan ada lah kat muka dia pakai satu dua benda. Barang barang makeup dia pun ada sebeban dalam beg makeup dia. Kalau nak tau barang makeup yg aku ada ialah NONE! Seriously aku takde satu pun barang makeup. Nothing! ZERO! Oh aku ada satu je lipbalm. Itu pun bukannya barang makeup haha. Kalau tanya kat aku habistu ada apa je dalam beg makeup aku? Beg makeup aku pun tak wujud woi 😂 Ini cerita serious tak tipu punya hahaha.

Boleh dikatakan aku ni pemalas kot. Aku lebih suka muka aku free from anything. Keluar rumah pun aku pakai bedak baby Johnson tu je pastu pakai lipbalm dah siap. Lupa memang nasib lah tak pakai apa. Kalau ada dinner ke apa, aku pinjam apa yg ada je dari kawan. Takpun kat kakak aku. Itupun setakat pinjam lipstick je. Bila fikir balik memang macam apa je keluar rumah muka pucat apa semua tu.

Aku rasa pun banyak jugak sebab aku tak kuasa nak pakai makeup apa semua ni.
Satu, sebab aku ni student je. Nak makan pun kena jimat ada hati nak beli makeup.
Kedua, sebab ibu ayah aku bukannya kaya nak bagi peruntukan semata untuk beli barang makeup ni.
Ketiga, sebab aku rasa makeup tak penting. Kalau takde makeup aku boleh hidup lagi.

Tu lah memang muka sememeh je lah tak pakai makeup ni. Tak berseri lah orang kata. Oh walaupun tak bermakeup muka aku ni, aku still update lah ambik tau pasal makeup latest semua. Kadang kadang terbayang jugak macam mana lah muka aku kalau transform overall mesti lain gilaa haha. Lately ni pun aku dahh start interest dengan makeup ni haha. Dah survey survey review orang. Kot dah kerja ada duit boleh lah beli sikit sikit. Tengok lah macam mana nanti kalau aku dah start terlibat dengan makeup aku story lagi hahaha 💄💋


Thank you for reading! :)


No comments:

Post a Comment