Assalamualaikum and hai!
Semalam takde buat apa so saja lah duk selongkar cari cari barang kat dapur. Haha sebenarnya nak cari apa benda yang boleh dimasak ke apa.. Buka almari dapur nampak satu pek dadih beli haritu tak usik lagi. Nak buat dadih memang senang sangat lah. Cuma perlukan dadih dalam pek, air, susu cair and gula. Tu je. So terus check barang lain; susu cair dengan gula ada so bolehlah teruskan.
Oh dadih yang aku pakai ni brand Happy Tree. Pek luar dia ada warna hijau hijau. Tak tahu lah tapi brand ni memang sedap. First time dulu beli nak try buat dadih, terus fall in love dengan brand ni haha. Takde tukar tukar dah stick kat brand ni je. Setakat ni flavour yang dah try semua sedap. Tapi baru rasa dua eh tak tak tiga flavour termasuk yang buat semalam hahaha. Selalu beli Vanilla atau Strawberry. Kalau beli memang gilir gilir dua tu je. Padahal banyak lagi flavour lain belum try haha. Tapi haritu dua dua takde so beli yang Chocolatee. Haritu ada juga nampak flavour lain mcm Jagung, Keladi, Cappucino, Mixed Fruit, tak ingat lagi yang lain..
Senang sangat okay nak buatnya.
1. Mula mula ukur 3 liter air kosong campur 1 tin susu cair campur 5 @ 6 sudu gula, masukkan dalam periuk pastu masak sampai mendidih.
2. Bila dah mendidih tutup api.
3. Lepas tutup api terus masukkan semua satu pek dadih tu. Kacau dalam 5 minit.
4. Dah habis kacau tu, boleh lah masukkan dalam bekas tak kisah kecik atau besar. Aku suka letak dalam bekas besar puas nak makan haha
5. Tunggu dadih dalam bekas tu dah tak panas baru masuk peti sejuk. Boleh je kalau nak masuk dalam peti sejuk terus, cuma nanti bila dah sejuk dalam bekas dadih tu akan ada air sikit atas dia.
Kat belakang pek tu ada je instruction dia sebenarnya haha. Ikut je bulat bulat jangan derhaka, confirm jadi! Belakang tu jugak ada tulis step last sekali kena masukkan fruit sugar ke apa nama dia. Yang tu kalau takde jangan gelabah ye. Dulu dalam pek dadih tu ada tau satu plastik kecik fruit sugar tu. Taktau kenapa dah takde dah sekarang. Kakak aku kata dia dah campur dalam dadih tu sekali. Entah betul entah tidak hahaha. Tak apa jangan risau. Buat donno je okay rasa dia tetap sama haha. Kat rumah ni semua suka dadih so tak risau lah kalau buat banyak pun confirm habis punya xD
Thank you for reading!
No comments:
Post a Comment