Sunday, September 10, 2017

Semalam di The Everly Hotel Putrajaya

Assalamualaikum and hai!

Baru baru ni, bulan lepas, aku ber-short-getaway ke Putrajaya. Takde lah bercuti mana pun haha. Ada event sebenarnya tapi aku ni secara tak rasmi ikut sekali. Ceritanya batch sekolah menengah Ayah dulu ada buat reunion. So reunion tu on Saturday. Buat kat The Everly Hotel Putrajaya ni lah.

Since tempat tu jauh dari rumah and takde transport susah nak pergi. Then kawan Ayah cakap kalau takde transport dan accommodation dorang boleh uruskan one night untuk tidur kat sana. Memang betul kawan Ayah tu hantar transport! Dia hantar kereta dengan driver dari Putrajaya ke Tapah. Hari Sabtu tu awal pagi dah datang ambik kiteorang kat Tapah lepastu terus shoot pergi Putrajaya. Then sampai lah ke Putrajaya! 

Excited sebab dah berapa lama tak pernah jejak Putrajaya hahaha serious. Mahu puluh ke berbelas tahun tak pernah pergi. Lalu kat Pejabat Perdana Menteri tu. Nampak jugak Masjid Putra yang besar and cantik tu. Dataran Putra depan masjid tu. Memang ramai gila orang weekend pulak tu. Kebetulan time tu musim Sukan SEA tengah berlangsung. Terpampang sana sini anak panah, signboard, banner, semua lah pasal Sukan SEA merata rata. 

Arrived Putrajaya terus direct pergi Hotel The Everly Putrajaya. Masuk masuk je terkejut aku kat pintu masuk tu ada mesin scan luggage bag macam kat airport tu. Bila letak bag dia akan gerak atas belt tu pastu ada polis tengok kat screen dia. Aku pelik betul kenapa nak masuk hotel pun kena scan bag luggage handbag semua. Lepas tu baru aku tau hahaha. Sebenarnya ramaiii sangat athlete athlete Sukan SEA dari negara lain duduk kat hotel tu. Salah satu safety measurement lah kot. Taknak orang bawak dangerous things dalam hotel. Tapi tak sure pula masa Sukan SEA je ada atau memang all year around ada macam tu.

Since waktu check in adalah pukul 3, kiteorang tinggal beg kat reception and terus je pergi event reunion tu. Reunion tu start at 11 am and tamat 5 pm. Ada time break untuk solat Zohor. Time tu dah pukul 2 lebih so Ibu mintak nak check in awal. So dapat kad dari kawan Ayah terus naik bilik and mintak reception hantarkan beg kat bilik. Masa nak mintak staf hotel hantar beg kat bilik, Ibu cakap melayu dengan dia tapi dia tak faham. Sepatutnya kena lah boleh cakap multilanguange kot kat Malaysia.. Bukan semua orang boleh speak english. Last last aku yg speak english dengan dia baru dia faham. Kat sini ada wifi jugak. Setiap bilik ada username dgn password. Satu bilik dapat 2 access card. Time nak naik lif dia, kite kena touch access card bilik baru boleh tekan floor berapa. Kalau tak duduk je lah dalam lif kat floor G haha. Time turun tak payah touch. Ada swimming pool jugak.

My first impression kat The Everly Putrajaya ni nice lah. The lobby area tu cantik betul. So bila masuk bilik, I'm expecting the same. Musnah harapanku haha. Masuk masuk je bilik bersepah wehh. Towel yg dah pakai merata. Iron dgn iron board ada kat tetengah jalan. Toiletries dalam toilet semua pun dah pakai bersepah sana sini. Bed pun tak kemas lagi dgn comforter bergumpal. Sakit hati pulak tengok sepatutnya dah siap service or make up the room before bagi guest check in. Aku pulak yg kena angkat kemas iron board tu semua. Bersangka baik je lah mungkin belum buat sebab belum waktu check in nanti dia datang kemas kot. So kiteorang solat je dulu. Dalam bilik dah ada sejadah. Then kiteorang turun balik sbb event tak habis lagi. Siap siap dah gantung kat luar pintu tanda please service my room camtu.

Dah habis event tu semua dah penat kiteorang naik bilik. Masuk masuk samaa je macam tadi tak kemas apa apa pun! Then aku call room service minta dorang kemaskan bilik. Dia kata okay. Tak lama lepas tu ada orang ketuk pintu. Oh ingatkan nak service bilik, one staff datang cakap this room already makeup this morning. Panas je hati kalau dah makeup takkan lah rupa mcm tu bersepah sana sini siapa pulak yg pakai towel iron toiletries semua? Then dia tanya apa yg aku perlukan apa barang yg dah dipakai. Geram je aku masa tu. Dia pergi pastu dia datang balik bawak 2 towel and 1 plastic laundry bag yg dalam tu ada segala barang toiletries utk toilet, bottled water, coffee, tea, sugar, slipper semua dia campur dalam tu, hulur kat aku. Nak taknak aku ambik je lah. Speechless jap mcm tak professional pun ada. Aku ke yg kenaa keluarkan susun semua benda ni?? Sabar je lah lepastu memang berlambak lah used towel dalam bilik tu, previous guest punya. Tak kemas and bersepah bilik tu.

Kan dah tak pepasal je emo. Nak cerita benda lain pulak. The Everly ni dekat sangat dengan Alamanda Shopping Mall. Dekat sangat sangat dalam 5 ke 10 minit kot jalan kaki. Takyah ngengada nak naik kereta haha. Keluar je pintu masuk hotel tu, belok kiri. Ada laluan kat situ menghala ke Alamanda. Malam tu ingat nak tengok Bad Genius kat GSC tapi tak jadi haha. Last last pergi AEON, McD, Food Court, beli barang sikit tapau makanan pastu balik makan kat bilik..

Esok tu macam biasa lah check out tengah hari pukul 12 and terus balik Tapah. Ni first time stay kat hotel ni tapi tak okay lah service yg dapat. Bad experience. I assumed mungkin sbb Sukan SEA bilik penuh so semua staf busy kot. Next time taktau nak stay sini lagi or tak. Mungkin akan try lagi tapi bukan time busy yg ada big event or so on. Till then..

Thank you for reading!

No comments:

Post a Comment