Sunday, September 10, 2017

Semalam di The Everly Hotel Putrajaya

Assalamualaikum and hai!

Baru baru ni, bulan lepas, aku ber-short-getaway ke Putrajaya. Takde lah bercuti mana pun haha. Ada event sebenarnya tapi aku ni secara tak rasmi ikut sekali. Ceritanya batch sekolah menengah Ayah dulu ada buat reunion. So reunion tu on Saturday. Buat kat The Everly Hotel Putrajaya ni lah.

Since tempat tu jauh dari rumah and takde transport susah nak pergi. Then kawan Ayah cakap kalau takde transport dan accommodation dorang boleh uruskan one night untuk tidur kat sana. Memang betul kawan Ayah tu hantar transport! Dia hantar kereta dengan driver dari Putrajaya ke Tapah. Hari Sabtu tu awal pagi dah datang ambik kiteorang kat Tapah lepastu terus shoot pergi Putrajaya. Then sampai lah ke Putrajaya! 

Excited sebab dah berapa lama tak pernah jejak Putrajaya hahaha serious. Mahu puluh ke berbelas tahun tak pernah pergi. Lalu kat Pejabat Perdana Menteri tu. Nampak jugak Masjid Putra yang besar and cantik tu. Dataran Putra depan masjid tu. Memang ramai gila orang weekend pulak tu. Kebetulan time tu musim Sukan SEA tengah berlangsung. Terpampang sana sini anak panah, signboard, banner, semua lah pasal Sukan SEA merata rata. 

Arrived Putrajaya terus direct pergi Hotel The Everly Putrajaya. Masuk masuk je terkejut aku kat pintu masuk tu ada mesin scan luggage bag macam kat airport tu. Bila letak bag dia akan gerak atas belt tu pastu ada polis tengok kat screen dia. Aku pelik betul kenapa nak masuk hotel pun kena scan bag luggage handbag semua. Lepas tu baru aku tau hahaha. Sebenarnya ramaiii sangat athlete athlete Sukan SEA dari negara lain duduk kat hotel tu. Salah satu safety measurement lah kot. Taknak orang bawak dangerous things dalam hotel. Tapi tak sure pula masa Sukan SEA je ada atau memang all year around ada macam tu.

Since waktu check in adalah pukul 3, kiteorang tinggal beg kat reception and terus je pergi event reunion tu. Reunion tu start at 11 am and tamat 5 pm. Ada time break untuk solat Zohor. Time tu dah pukul 2 lebih so Ibu mintak nak check in awal. So dapat kad dari kawan Ayah terus naik bilik and mintak reception hantarkan beg kat bilik. Masa nak mintak staf hotel hantar beg kat bilik, Ibu cakap melayu dengan dia tapi dia tak faham. Sepatutnya kena lah boleh cakap multilanguange kot kat Malaysia.. Bukan semua orang boleh speak english. Last last aku yg speak english dengan dia baru dia faham. Kat sini ada wifi jugak. Setiap bilik ada username dgn password. Satu bilik dapat 2 access card. Time nak naik lif dia, kite kena touch access card bilik baru boleh tekan floor berapa. Kalau tak duduk je lah dalam lif kat floor G haha. Time turun tak payah touch. Ada swimming pool jugak.

My first impression kat The Everly Putrajaya ni nice lah. The lobby area tu cantik betul. So bila masuk bilik, I'm expecting the same. Musnah harapanku haha. Masuk masuk je bilik bersepah wehh. Towel yg dah pakai merata. Iron dgn iron board ada kat tetengah jalan. Toiletries dalam toilet semua pun dah pakai bersepah sana sini. Bed pun tak kemas lagi dgn comforter bergumpal. Sakit hati pulak tengok sepatutnya dah siap service or make up the room before bagi guest check in. Aku pulak yg kena angkat kemas iron board tu semua. Bersangka baik je lah mungkin belum buat sebab belum waktu check in nanti dia datang kemas kot. So kiteorang solat je dulu. Dalam bilik dah ada sejadah. Then kiteorang turun balik sbb event tak habis lagi. Siap siap dah gantung kat luar pintu tanda please service my room camtu.

Dah habis event tu semua dah penat kiteorang naik bilik. Masuk masuk samaa je macam tadi tak kemas apa apa pun! Then aku call room service minta dorang kemaskan bilik. Dia kata okay. Tak lama lepas tu ada orang ketuk pintu. Oh ingatkan nak service bilik, one staff datang cakap this room already makeup this morning. Panas je hati kalau dah makeup takkan lah rupa mcm tu bersepah sana sini siapa pulak yg pakai towel iron toiletries semua? Then dia tanya apa yg aku perlukan apa barang yg dah dipakai. Geram je aku masa tu. Dia pergi pastu dia datang balik bawak 2 towel and 1 plastic laundry bag yg dalam tu ada segala barang toiletries utk toilet, bottled water, coffee, tea, sugar, slipper semua dia campur dalam tu, hulur kat aku. Nak taknak aku ambik je lah. Speechless jap mcm tak professional pun ada. Aku ke yg kenaa keluarkan susun semua benda ni?? Sabar je lah lepastu memang berlambak lah used towel dalam bilik tu, previous guest punya. Tak kemas and bersepah bilik tu.

Kan dah tak pepasal je emo. Nak cerita benda lain pulak. The Everly ni dekat sangat dengan Alamanda Shopping Mall. Dekat sangat sangat dalam 5 ke 10 minit kot jalan kaki. Takyah ngengada nak naik kereta haha. Keluar je pintu masuk hotel tu, belok kiri. Ada laluan kat situ menghala ke Alamanda. Malam tu ingat nak tengok Bad Genius kat GSC tapi tak jadi haha. Last last pergi AEON, McD, Food Court, beli barang sikit tapau makanan pastu balik makan kat bilik..

Esok tu macam biasa lah check out tengah hari pukul 12 and terus balik Tapah. Ni first time stay kat hotel ni tapi tak okay lah service yg dapat. Bad experience. I assumed mungkin sbb Sukan SEA bilik penuh so semua staf busy kot. Next time taktau nak stay sini lagi or tak. Mungkin akan try lagi tapi bukan time busy yg ada big event or so on. Till then..

Thank you for reading!

Saturday, August 5, 2017

Mind Your Own Business

Assalamualaikum

Oh harini aku memang panas hati betul. Sakit hati betul dengan perangai orang yang tak faham bahasa ni. Sikit sikit aku boleh tahan dah lama lama over pulak aku rasa. 

Seriously. If you want to give advice to others, I think once or maybe maximum thrice is enough. If you going to nag more than that, please stop! You are being so freaking annoyinggg! Really annoying okay. Tak salah nak bagi nasihat, cadangan or share pengalaman apa semua kat orang lain. Please do kalau ada perkara tak betul, nak dibetulkan and so on. 

Tapi kalau orang dah taknak ikut nasihat kau, boleh blah dahh aku rasa. Move on je lah. You have done your part kan lepastu orang tak nak ikut tak payah kot nak paksa. Sumpah aku menyampah betul duk paksa paksa aku ni. Mulut dengan perangai macam makcik kepoh. Dah aku taknak ikut cara kau tak payah lah semak. Aku pun ada hidup aku sendiri. Life aku biar aku tentukan sendiri. Tak payah kot nak masuk campur. Apa apa keputusan yang aku ambik pun effect diri aku, tak kacau hidup kau.

Kau pulak yang nak tentukan kat mana rezeki aku semua. Ada rezeki Allah izinkan apa pun boleh jadi. Sebelum jaga tepi kain orang, jaga dulu tepi kain sendiri. Kain sendiri dah kotor terpalit lumpur pun tak perasan sbb sibuk cakap pasal kain orang.

Thank you for reading!

Monday, July 31, 2017

Resepi : Laksa Goreng Pedas ala Paprik

Assalamualaikum and hai!

Pernah dengar tak laksa goreng? Jarang kan. Memang tak selalu pun orang buat. Silap silap ada orang tak pernah tau dan tak pernah makan pun haha. Yang selalu orang masak bihun, mee kuning, kueytiaw macam tu je kan. Masak laksa goreng ni pun senang. Macam masak kueytiaw cuma bezanya tukar kepada laksa je. Tapi laksa goreng tak kembang sangat lepas dimasak.

Aku pun sebelum ni tak pernah tau pun kewujudan laksa goreng ni hahaha. First time makan masa study dulu kat rumah sewa. My best roommate nama dia Yaa. Dia yang masak. Sedap gilaa. Sejak tu macam eh best lah laksa goreng ni. Lagi sedap daripada mee bihun apa semua tu. Sedap mengunyah kenyal kenyal laksa tu. Siapa yg tak pernah makan, cuba lah masak. Mana tau jatuh cinta haha

Semalam punya semalam punya semalam kakak aku ada masak laksa penang. Entah kenapa this time masak lain macam pulak sedap tak macam masak sebelum sebelum ni. Kitorang pelik je hahaha. Berebut lah semua makan sebab dah lama tak makan. Sedapp! Esoknya dia buat lagi laksa nak jual pula.

Kuah dah habis laksa ada lagi. Aku cakap kat kakak nak ambik lebih tu nak try buat laksa goreng. Dia suruh je ambik paket baru yg belum bukak. Okayy project on! Kalau nak cuba boleh pakai resepi ni tapi aku buat pedas. Baru lah mengancam panas dan pedas haha.



Bahan - bahan
1kg Laksa basah - aku guna ¾ je
Isi ayam - hiris
3 ulas Bawang putih - hiris halus
1 biji Bawang merah - hiris halus
4 @ 5 sdb Cili kisar
2 sdb Sos cili
2 sdb Stok ayam
Kicap - campur masin dgn manis
Air - dalam 2 @ 3 cawan kot sbb main agak je tak cukup tambah lagi
Kobis - hiris nipis
Carrot - potong besar mancis
Garam - secukup rasa
Daun limau purut - 6 helai
Minyak masak

1. Mula mula panaskan minyak. Pastu masuk bawang putih, bawang merah, cili kisar. Tumis sampai naik bau wangi
2. Lepas tu masukkan isi ayam. Gaul rata semua.
3. Masukkan pula kicap, sos cili, stok ayam dan air. Kalau nak buat goreng basah, air letak lebih. Jangan sampai banjir sudah haha
4. Gaul gaul masukkan kobis dengan carrot. Dua sayur ni keras jadi kena masukkan awal.
5. Masukkan garam sikit dulu. Campak daun limau purut. Koyak sikit sebelum masuk.
6. Last sekali masukkan laksa! Gaul bagi sebati. Adjust rasa dia semua cukup paprik dia pedas, masin, manis. Dah siapp! Boleh lah makan panas panas.


Senang tak nak masak? Senang sangat ni. Nak lagi senang masak macam selalu masak kueytiaw je. Sedap sangat. Laksa goreng ni dah jadi favourite aku dah haha. Ibu pun first time makan time aku masak ni. Ibu kata sedap jugak boleh masak lagi lepas ni hahaha.

Thank you for reading! :)


Resepi : Spaghetti Aglio Olio 🍝

Assalamualaikum and hai!



Jumpa lagi kita di sesi masak masak. Poyonya hahaha. Takdelah main main je. Ni nak share resepi spaghetti aglio olio sebenarnya. Masaknya dah lama dahh pastu ingat nak letak lah resepi kat sini, sampai ke sudah tak ingat asyik lah lupa haha.

Sehari sebelum masak haritu kakak aku dah masak dah spaghetti aglio olio ni sebenarnya. Dia guna separuh bungkus je spaghetti tapi dia pergi rebus satu bungkus tu. Banyak kot. Dia tinggalkan gitu, yang lebih tu ibu masuk peti sejuk. Esoknya ibu suruh habiskan separuh lagi spaghetti semalam tu. Masak je macam masak semalam ibu kata. Hehh senang sangat lah hahaha. Sambil masak tangan pun gatal nak ambil gambar tu yang nak masuk kat blog tu.

Tak susah pun nak masak aglio olio ni. Bahan guna untuk masak pun tak banyak. Tapi yang aku buat ni versi aku sendiri lah. Cara aku adalah ikut suka hati sesedap rasa. Hashtag jangan kecam hahaha. Apa susah google semua ada haha. Ikut mana nak ikut, ubah apa yg nak ubah ikut suka hati. Lain orang lain cara kan..

Aglio olio ni main ingredient dia yang paling penting basicnya adalah spaghetti, olive oil dengan garlic. Minyak zaitun dan bawang putih ye. Ada 3 bahan ni haa boleh dah lah jadi aglio olio. Yang lain tu penambah selera je. Tekak melayu kan so tambah cili bagi pedas tambah itu ini dah jadi banyak barang haha.

Panjang sangat mukadimah pun. Nah resepi Spaghetti Aglio Olio.



Bahan-bahan
🍥 Spaghetti (separuh bungkus)
🍥 Olive oil
🍥 Bawang putih - cincang halus
🍥 Cili kering
🍥 Cendawan butang
🍥 Brokoli
🍥 Carrot
🍥 Udang
🍥 Chicken stock + air
🍥 Chili flakes, blackpepper, oregano, garam



1. Mula mula panaskan kuali, masukkan olive oil and tumis bawang putih dan cili kering. Api jangan besar sangat nanti bawang putih cepat hangus.


2. Lepas dah naik bau, masukkan chicken stock dengan sikit air. Masukkan udang jugak.


3. Gaul gaul sikit tunggu mendidih kejap, masukkan segala sayuran carrot, brokoli and cendawan. Cantik je warna warni haha. Nak letak sayur lain lain pun boleh ikut suka. Masa ni air yg masuk tu mcm dah kering sikit.


4. Masukkan spaghetti dan gaul rata. Last sekali masukkan garam, chili flakes, blackpepper, oregano. Agak agak je banyak mana nak letak segala benda serbuk ni. Nak masukkan time sayur tu pun boleh jugak. Adjust rasa bagi secukupnya okay.

Lepastu dah siapp boleh lah makann!


Thank you for reading! :)